![]() | |
| assalam..hyeee..mau bercerita lg....^^v |
Nama penoh sy AZIRA BINTI DAUD...bkn DAUDSU hokey! hukhukhukhuk...since my fathers name is DAUD ..so nk update sal cite sal NABI hr ni..NABI yang bakal sy bercerita adalh kisah NABI DAUD A.S....hehhehe..enjoiceeeee!
![]() |
| slmt membaca..^^v |
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika
tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab
az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada
debu.Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya,
“Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata
begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu
ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S.
“Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah
mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala
ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada
malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala
Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap
malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian,
maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu
katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan
kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat
takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah
diri kepada Allah S.W.T..Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka
menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan
bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku
pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah,
tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak
memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi
yang sama-sama kita tumpangi ini. wallahuallam.............
![]() | |
| 10q sbb sudi baca! |




No comments:
Post a Comment